Tuesday 1 November 2011

Tok Guru & nasi bungkus


  
"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.
Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.
Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.
Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.
Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.
Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.
Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.
Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.
Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.
Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.
Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.
Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.
"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.
"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.
Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.
Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.
Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?
Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?
Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?
Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?
Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.
Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.

Friday 28 October 2011

PAS Perak seru ahli ke Sambutan 60 Tahun

 Ipoh 28 Okt: PAS Perak menyeru semua ahli di negeri ini turun ke program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat negeri yang akan diadakan esok hingga 30 Oktober di Masjid Tinggi, Bagan Serai.
Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, program itu amat penting untuk menyuntik semangat ahli untuk menawan kembali Perak pada PRU-13 nanti.
“Saya sebagai pengarah program menyeru semua ahli di seluruh negeri Perak supaya turun ke program ini bagi memeriahkan lagi sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini,” tegasnya.
Sambutan akan dihadiri oleh pimpinan utama termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai program yang akan diadakan diadakan seperti Konvensyen Negara Berkebajikan, wacana kemerdekaan, gerai jualan, pameran sejarah, sukan Pasti dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat dan banyak lagi.

Saksikan slot terakhir movie 'Gua Ikut Enta'

Friday 21 October 2011

TAHNIAH KETUA CAWANGAN MENYAMBUT KELAHIRAN

Alhamdulillah ,Tahniah kepada Ustaz Mohd Faisal dan Ustazah Diyana kerana telah di kurniakan seorang lagi puteri comel seberat 3.2 kg (lebih kurang). Bayi dilahirkan pada jam 11.40 malam 20 Oktober 2011. Lepas ni bertambah cerialah keluarga ustaz dengan bertambahnya ahli baru dalam keluarga :) semoga puteri nya bakal menjadi mujahidah yang terbilang suatu hari nanti InsyaAllah Amin.

Tuesday 18 October 2011

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion


Hutang negara mencecah RM437.2 bilion
Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

azlanDaripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Wednesday 5 October 2011

Hudud: Majlis Fatwa digesa bertindak

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengambil tindakan segera membendung pihak-pihak tertentu khususnya kenyataan pemimpin yang beragama Islam yang telah memberikan tafsiran tentang undang-undang hudud mengikut selera pemahaman masing-masing tanpa merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar.

Demikian ditegaskan Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din ketika mengulas keberanian pihak-pihak tertentu yang mengulas berkenaan hudud tanpa suluhan ilmu dan nasihat daripada para ulama Islam yang muktabar.

“Apa yang kita bimbangkan sekarang ialah keberanian pihak-pihak tertentu khususnya yang beragama Islam memberikan tafsiran yang tidak tepat berkenaan hudud, akhirnya orang-orang bukan Islam keliru dengan hukum hudud ini, ”kata beliau.

Beliau merujuk laporan Bernama yang menyatakan bahawa MCA menolak hukuman hudud kerana ianya bercanggah dengan kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Kita memahami mengapa orang bukan Islam menolak hudud bahkan penolakan mereka sebahagiannya mungkin berkaitan isu-isu teknikal seperti pertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tetapi apa yang kita bimbang ialah ulasan dan pandangan yang diberikan oleh pemimpin yang beragama Islam itu sendiri, tanpa panduan yang jelas daripada ulamak yang muktabar, ianya dibimbangi akan memberikan kesan perspektif yang negatif di kalangan bukan Islam,” tambah beliau lagi.

Katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai satu institusi yang disanjung oleh umat Islam di Malaysia hendaklah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan undang-undang hudud.

“Diharap dengan penjelasan ini akan memberikan ingatan kepada pihak-pihak tertentu agar berhati-hati sebelum memberikan sebarang ulasan berkenaan isu agama kecuali setelah mendapat bimbingan dan panduan daripada ulamak yang muktabar,” ujar beliau lagi.

Thursday 29 September 2011

Bila Rasa Lemah Menjelma


Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.
Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat
Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!

Monday 5 September 2011

Lebaran, masa untuk memaafkan dan meleraikan dendam

Selain ucapan ‘selamat hari raya’, ungkapan ‘maaf zahir dan batin’ tidak putus meniti di bibir sepanjang Syawal ini. Namun adakah kita benar-benar memaksudkannya atau sekadar ucapan atau kata-kata  manis penyedap bicara semasa meraikan Aidilfitri ini?


Seharusnya di hari lebaran nan mulia ini, kesempatan diambil untuk memohon kemaafan terutama dengan insan terdekat dalam hidup. Inilah masanya untuk meleraikan dendam, konflik, perang dingin malah rasa tidak puas hati yang lama tersimpan di kalangan insan-insan di bawah ini yang sememangnya begitu hampir dengan diri kita. Semoga dengan lafaz kemaafan, rumahtangga dan kehidupan keluarga akan lebih bahagia, harmoni dan dierkati selepas ini.

1. Suami atau isteri

Semestinya suami atau isteri adalah orang pertama yang patut disalami di hari raya ini. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu menunggu di pagi Syawal untuk mengucup tangannya kerana selalunya kesibukan dengan ahli keluarga di waktu ini menyukarkan anda meluahkan apa yang terpendam di hati.

Tidak salah jika anda memohon keampunan terhadap kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan selama ini, pada malam raya yang hening. Lebih syahdu jika diiringi dengan alunan takbir Aidilfitri. Berikan dakapan dan mintalah kemaafan dengan hati yang tulus ikhlas daripada pasangan. Semoga Syawal keesokan harinya menjadi permulaan yang lebih baik untuk anda, suami isteri.

2. Ibu bapa

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa hingga ke hujung nyawa”.... kata-kata ini cukup untuk menggambarkan betapa insan ini wajib menjadi keutamaan. Bukan saja di hari raya, malah pada hari-hari biasa.

Aidilfitri juga selaluya dirasakan tidak sempurna jika tidak mengucup tangan orang tua tanda memohon keampunan daripada mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu baoa, jangan sesekali melupakan acara ini. Jangan sangka anda bersikap baik dengan ibu bapa, maka anda tidak pernah berbuat dosa dengan mereka. Mungkin ada tindakan kita yang walaupun tidak salah, namun hakikatnya jauh di sudut hati ibu bapa, mungkin tindakan kita tidak direstui oleh mereka.

3. Adik-beradik

Walaupun mereka insan terdekat dengan diri kita, namun tanyalah pada sesiapapun, pasti pernah bertengkar dengan adik, abang mahupun kakak sendiri. Tetapi ibarat air yang dicincang takkan putus, walau amarah bagaimana sekalipun hubungan dengan mereka pastinya akan kembali pulih.

Namun begitu, ada juga yang mengambil masa yang agak lama untuk berbaik dengan adik-beradik sendiri. Akibat tersentap dengan kata-kata, perebutan harta, masalah anak-anak dan sebagainya, ramai yang bermasam muka malah ada yang berdendam bertahun-tahun lamanya.

Tetapi sampai bila harus bersikap demikian, di bulan yang penuh makna ini, apa kata ambil langkah beralah memohon kemaafan demi menjalinkan silaturahim. Beralah untuk kebaikan keluarga bukan bererti kalah, sebaliknya ia adalah satu kemenangan yang mungkin tidak kita sedari.

4. Mertua

Ibu bapa mertua sama tarafnya dengan orang tua sendiri, jadi mereka ini harus mendapat tempat teratas untuk acara memohon kemaafan. Sebagai menantu, apatah lagi jika jika pernah tinggal sebumbung, ada kalanya hati terguris baik kerana tindakan apatah lagi kata-kata mertua.

Sama jugalah dengan ibu bapa mertua kita sendiri. Tidak mustahil ada tindakan kita sebagai menantu yang tidak memuaskan hati atau mengecilkan hati mereka. Maka sebagaimana anda menangis di pagi raya memohon keampunan dari ibu bapa sendiri, perkara yang sama patut dilakukan dengan mertua anda.

5. Ipar-duai

Banyak konflik rumahtangga berlaku disebabkan oleh sikap cemburu, busy body malah hasad dengki di kalangan ipar-duai. Sekiranya anda antara yang bersikap demikian dan pernah membuatkan rumahtangga adik-beradik berantakan, jangan menunggu lama untuk menginsafi diri dan mintalah kemaafan.

Ajal maut milik Allah SWT, bagaimana sekiranya kematian terlebih terdahulu menjemput, tanpa sempat kita memohon keampunan. Ketika itu penyesalan seumur hidup akan dirasakan. Justeru, pertemuan dengan ipar-duai di hari raya ini jadi waktu yang terbaik untuk menamatkan segala persengketaan.

6. Bekas suami atau isteri

Anda pernah hidup bersama den dirinya pernah menjadi insan yang teramat anda cintai, suatu ketika dahulu. Namun jodoh adalah ketentuan Illahi, atas alasan tertentu, anda tidak lagi bergelar suami isteri.

Mungkin juga perpisahan itu berlaku kerana tindakan yang cukup memedihkan mata, mendesingkan telinga dan menyakitkan hati jiwa raga. Biarpun ada yang pernah trauma atas sikap bekas suami atau isteri, tetapi reungilah sedalam-dalamnya bahawa selama mana anda perlu berdendam dengannya. Rasa sakit hati ataupun dendam yang disimpan hanya akan memberi kesan negatif pada jiwa anda sendiri.

Walaupun kenyataan ini sememangnya perit, carilah kekuatan untuk memaafkan insan ini. Sesungguhnya kemaafan dendam adalah yang paling indah.

7. Anak

Anda mungkin seorang ibu atau pun bapa, namun jangan sangka hanya anak-anak yang patut bertekuk lutut dan mencium tangan anda untuk memohon kemaafan di hari raya ini. Bukan sedikit di kalangan kita yang terlepas pandang akan hal ini.

Anak-anak juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Pernahkah anda terfikir bahawa sebagai ibu bapa, anda pernah bersikap kasar, pilih kasih mahupun mengabaikan hak mereka. Jadi, tidak salah jika anda merendahkan sedikit ego meminta maaf daripada anak-anak atas kesalahan anda. Ia juga sebenarnya memberi contoh yang baik untuk anak-anak anda sendiri.

Mudah-mudahan bermanafaat.

Monday 22 August 2011

Doa & Amalan Harian Di Bulan Ramadhan

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan berakhirnya bulan Ramadhan ini,
sebagai akhir keluarnya diriku dari dunia ini,
sebagai kesempatan terakhir pengabdian pada-Mu.
Anugerakanlah aku di dalamnya keutamaan Lailatul Qadr...
Bukankah pada bulan ini pintu-pintu anugerah-mu bagiku.
Limpahkanlah berkah-Mu padaku...
Dan izinkalah aku memasuki surga-Mu...

Ramadahan merupakan bulan ibadah, bulan diterimanya doa-doa, bulan permohonan ampunan, bulan pertobatan,bulan terjaga (tidak tidur) malam, dan bulan penyucian diri(tazkiyatun nafs). Ibadah pada bulan ini dilipatgandakan pahalanya. Bahkan tidur dan tarikan napas seorang beriman diberi pahala ibadah. Ramadahan merupakan bulan ketika pintu-pintu surga dibuka sementara pintu �pintu neraka ditutup.

Rasulullah saw.bersabda, �Wahai Jabir! Inilah bulan Ramadhan. Siapa pun yang berpuasa pada siang harinya dan menghabiskan sebagian malamnya dengan memanjatkan doa-doa, pantang memakan makanan haram, menjaga dirinya dari yang haram, dan mengendalikan lidahnya dari mengatakan yamg haram, maka dosa-dosanya akan berguguran seiring berlalunya bulan Ramadhan.�

Thursday 21 July 2011

PAKSA DIRI

paksa diri untuk melalui jalan yang sukar


Tidak semua akhwat adalah seorang yang peramah dan banyak mulut.

Tidak semua akhwat pandai memasak.

Tidak semua akhwat boleh memandu kereta walaupun sudah mempunyai lesen.

Tidak semua akhwat petah dalam menyampaikan pengisian atau tazkirah.

Tidak semua akhwat merupakan kaki SMS.

Sebagai seorang akhwat yang telah ditarbiyah dan memahami tuntutan dakwah, tidak semua perkara dia suka atau mampu dia lakukan. Setiap akhwat pasti ada kekurangan dalam sesuatu hal. Namun, ini bukan bermakna seorang akhwat perlu membiarkan kelemahan yang ada tanpa memaksa diri untuk melakukannya.

Berbuat dalam ringan atau berat

Dalam keadaan apa pun, kita mesti berbuat samada ia ringan atau berat. Samada kita suka atau tidak. Samada kita biasa atau tidak biasa.

“ Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah agar kamu beruntung.” ( At-Taubah (9) : 41)

Kerana apa yang kita perlu lakukan bukanlah sesuatu yang tidak penting untuk dakwah, malah ia adalah sangat penting untuk memastikan objek dakwah boleh serasi dengan kita walau apa pun karakter kita.

Pendiam

Ada akhwat yang merupakan seorang yang pendiam. Jadi, sebagai seorang dai’e kita tidak boleh membiarkan sifat pendiam ini terus menerus dan menjadikan ia sebagai kelemahan. Objek dakwah sangat memerlukan dai’e yang peramah dan sentiasa bertanyakan hal-hal mereka. Pendiam hanya akan membuat mereka lari daripada kita dan membuatkan ukhwah menjadi hambar.

Memaksa diri untuk menjadi peramah menjadi satu kewajipan bagi para akhwat untuk menarik objek dakwah kepada tarbiyah. Kita tidak akan tahu perihal mereka dan segala apa yang berlaku pada mereka jika waktu ziarah pun kita masih mendiamkan diri dan tidak banyak bertanya. Mereka akan menganggap bahawa kita tidak lebih daripada hanya pemberi peringatan sahaja.

Bukankah salah satu cara dakwah yang berkesan adalah apabila kita mengetahui latar belakang objek dakwah tersebut? Maka paksalah diri untuk menjadi ramah supaya nanti mudah untuk kita mengetahui latar belakang mereka.

samada berat atau ringan, kita kena lakukan juga!


Tidak petah dalam menyampaikan

Terdapat juga akhwat yang tidak yakin kepada diri sendiri dalam menyampaikan. Maka, dia sentiasa mengelak jika disuruh mengisi taklim atau halaqah dengan alasan tidak bagus dalam menyampaikan. Mungkin juga ada dikalangan para akhwat yang takut untuk membina taklim atau halaqah kerana tidak pandai dan tergagap-gagap semasa mengisi.

Memaksa diri untuk menyampaikan semasa taklim atau halaqah akan menjadikan seorang akhwat itu semakin biasa dan semakin ‘seronok’ untuk menyampaikan walaupun pada awalnya penyampaian dia tidaklah sebaik mana.

Perkara yang sepatutnya menjadi nightmare bagi para akhwat kini menjadi mimpi indah jika terus dilatih dan dibiasakan.

Tidak pandai memasak

Memberi makanan hasil daripada air tangan kita adalah satu taktik untuk mengeratkan keterikatan hati antara dai’e dan objek dakwah. Mereka pasti akan merasa terharu jika terdapat orang yang sudi memasak khas untuknya. Memasak adalah keupayaan minimal seorang akhwat yang tidak mempunyai skil-skil yang terdapat di atas. Namun, bukan bermaksud untuk mengabaikan skil di atas.

Sekali lagi, memaksa diri adalah solusinya namun tidak diketepikan keikhlasan niat itu sendiri. Kalaupun tidak pandai memasak, paksalah diri untuk menjadi akhwat yang pandai memasak meskipun satu menu sahaja. Kita tidak mahu juga muka akhwat yang sama sahaja menjadi AJK makanan dalam setiap program. Agak memalukan jika sudah menjadi seorang akhwat, tapi tidak pandai memasak.

Tidak berani memandu

Sedikit kekesalan pada segelintir akhwat yang mempunyai lesen tetapi masih menjadi penakut untuk memandu kereta atau motor. Terdapat juga akhwat yang memilih-milih kereta manual atau kereta auto. Jalan sibuk atau jalan lengang. Kereta besar atau kereta kecil. Bukankah konsepnya sama sahaja iaitu memandu sebuah kenderaan yang mempunyai gear, brek dan pedal minyak? Cubalah memaksa diri anda untuk memandu kereta walau apapun kondisi kereta tersebut.

Paksalah diri untuk memandu dan jadilah seorang pemberani semasa berada di jalan raya. Kita tidak akan memperoleh pengalaman memandu selagi mana kita tidak mencuba dan sampai bila-bila kita akan hanya menjadi seorang yang pengecut. Pengecut dengan jalan yang sesak dan kenderaan yang besar.

Bagaimana jika kerja dakwah mendesak untuk kita memandu sedangkan hanya terdapat kereta manual sahaja padahal kita hanya tahu memandu kereta auto? Maka, sia-sia sahajalah lesen memandu yang kita ada kerana tidak mampu menyumbang sedikit pun untuk dakwah!

Bukan ‘kaki’ SMS

Siapa suka hendak menghabiskan masa untuk ber SMS kalau bukan kerana tuntuan dakwah menjadikan SMS sesuatu yang urgent. Ada akhwat memang tidak suka bermain SMS. Namun, untuk berkomunikasi dengan objek dakwah, SMS adalah metod yang paling utama kerana ada diantara mereka yang lebih suka meluahkan isi hati melalui SMS sahaja daripada face to face. Jika terdapat akhwat yang tidak berapa gemar berSMS sekalipun, tidak perlulah sampai waktu cuti panjang pun seorang akhwat tidak berSMS kepada objek dakwahnya. Apatah lagi untuk ber SMS seminggu sekali bertanya kabar atau memberi mesej-mesej yang berguna.

Apakah ukhwah yang didambakan hanyalah terhad semata-mata di taklim atau halaqah sahaja? Tidak mustahil mereka akan lari hanya kerana tidak merasakan care nya kita kepada mereka. Tidak salah jika mengucapkan kata-kata rinduan dan sayang kepada objek dakwah sebagai bukti kita menghargai mereka. Janganlah claim ini bukan style kita. Kalaupun bukan style kita, maka, jadikanlah ia sebagai style kita.

Juga diingatkan, arahan dakwah tidak kira masa. Selalulah memastikan handphone sentiasa bersama untuk kita sentiasa alert dengan apa yang perlu ditugaskan. Jadi, duhai akhwat, paksalah diri untuk suka ber SMS dengan mereka, walaupun hakikatnya anda bukanlah kaki SMS.

Penutup: Tiada apa yang mustahil

i'm possible or impossible?


Sebenarnya, untuk memperoleh sesuatu skil, perlu adanya sikap mencuba atau dengan kata lain, memaksa diri. Kita tidak akan dapat melakukan sesuatu sampai bila-bila jika kita hanya menjadi seorang yang tidak pernah memaksa diri untuk mencuba.

Sampai bilakah kita akan jadi seorang yang pendiam, tidak tahu menyampaikan, tidak berani memandu, tidak suka berSMS dan tidak pandai memasak jika kita tidak memaksa diri untuk berbuat perkara-perkara sebegini?

Paksalah diri kita untuk menjadi seorang yang peramah, pandai memasak, cekap memandu kenderaan dan suka berSMS dengan objek dakwah.

InsyaAllah, dakwah kita akan sedikit sebanyak berkembang jika kita cuba untuk memaksa memperbaiki diri  ke arah yang lebih baik dan menjadi akhwat yang serba boleh!
 Takbir Allahuakbar!!!

Monday 18 July 2011

PERGINYA SEORANG PEJUANG


Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

Monday 11 July 2011

TAHNIAH!

Tahniah dan syabas kepada semua peserta bersih kerana sanggup berdepan dengan pelbagai ancaman dari pihak polis semata-mata untuk menuntut keadilan rakyat. Takbir! Semoga sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan dinilai di sisi Allah S.W.T. Takziah diucapkan kepada salah seorang peserta yang telah terkorban semga rohnya dicucuri rahmat Allah amin...marilah kita berdoa semoga kita dihindari segala kekejaman di bumi Malysia ini.Amin.

Tuesday 28 June 2011

DATO A SAMAD SAID DI SOAL SIASAT KERANA SAJAK INI...


Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said

AYUH ANAK MUDA DAN SEMUA RAKYAT JELATA RAMAI-RAMAI TURUN HIMPUNAN BERSIH 9 JULAI NANTI!!!
MENUNTUT PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Ali Imran : 142)


Tuesday 14 June 2011

PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT CAWANGAN

Sungguh seronok dapat berkumpul bersama-sama.... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat next time jumpe lagi ya!!!
                                              Bersiap sedia semua!
                                                 "Fadiya nak itu..."
                                             Medan permainan....
                                              Antara yang hadir
                                              Team Muslimat
                                           Ketua cawangan menunjukan aksinya...
                                               Pasangan bahagia....

                                             Ketua cawangan dan Zaujahnya
                                                Go! baby go!
                                               suasana permaian...
                                              bakal-bakal permain profesional hihi
                                          Masing-masing menunjukan aksinya...
                                                Chaiyok!Chaiyok!

Saturday 11 June 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN TURUT FOKUS GOLONGAN MUDA

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda. 

Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.
Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka.
Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.
"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini.
Barisan kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh para perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu, menurut beliau, akan mengadakan mesyuaratnya hujung minggu ini.
Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.
"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya.
Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu.
"Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu. 
 
"Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya. 

Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.
Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri.

Thursday 19 May 2011

Osama Bin Laden Meninggal, Terbunuh.. Betul Ke?

[Image: osama%2Bbin%2Bladen%2Bmati%2Bdibunuh%2Bosama%2Bdied.jpg]

[Image: osama%2Bbin%2Bladen%2Bmati%2Bdibunuh%2Bo... 2%2529.jpg]

Cuba anda lihat dan anda pikir lah sendiri...

2 Mei 2011 dunia digemparkan dengan berita kematian pemimpin tertinggi Al Qaeda Osama Laden mati dibunuh di Pakistan dalam serangan selama 40 minit. Disertakan bersama gambar dipercayai Osama, tetapi gambar tu sebenarnya sudah tersebar sejak 2 tahun lepas, gambar Osama Laden palsu yg diedit seperti orang kena serang teruk.

Tak tau le betul ke tidak berita yang disampaikan oleh Barack Obama, tapi semua warga US sudah bergembira menyambut berita kematian Osama. Bagi mereka sudah terbalas dendam atas perbuatan Osama yang dikatakan menjadi dalang dalam tragedi 11 September. Ada juga orang Islam yang bersorak ikut Amerika.
Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
PERSOALAN KENAPA OSAMA DIKUBURKAN DI LAUT?

Langsung tak jelas berita tentang pengkuburan Osama, dan persoalannya benarkah Osama dikebumikan di laut dan kenapa di laut? Adakah ini satu konspirasi atau pembohongan terancang dari pihak US. Pihak US pun tak menjelaskan kenapa Osama dikebumikan di laut.

Amat pelik le, kalau Osama ni musuh no 1 US, kenapa tak ambil banyak bukti dan gambar, liputan besar-besaran semasa mayat tu disemadi. Setakat pengumuman saja, orang percaya ke?
Samada betul Osama dah bertemu Tuhannya, hanya Allah yang tahu. Gambar yang dihidangkan di TV tak boleh dijadikan bukti. Kenapa mayat Osama tidak diberikan kepada keluarganya untuk disemadikan cara Islam? Kenapa mesti 'kebumikan' di laut? Kenapa tergesa-gesa sangat mayat Osama dikebumikan? Kenapa tak pastikan benar-benar bahawa itu Osama.

Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab. Sebagai seorang Islam, walau berlatar belakangkan penjenayah, pembunuh.. sekali pun, ianya patut disemadikan cara Islam yang sempurna.

Seperti ada udang disebalik batu. Amerika dah tak larat lawan Osama, bila Obama maklumkan Osama mati, beban Amerika gugur. Itu sebenarnya. Amerika dah terlampau lama buru Osama dan menyebabkan hutang Amerika meningkat ke satu jumlah yang lebih besar dari KDNK Amerika, iaitu USD15 Trillion.
Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: ”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”